DAHULU DAN SEKARANG

Pendidikan Alat Perpaduan
1. Sebelum merdeka,terdapat lima jenis sistem pendidikan yang berbeza,iaitu:
  1. Sekolah agama Islam
  2. Sekolah vernakular Melayu
  3. Sekolah vernakular Cina
  4. Sekolah vernakular  Tamil
  5. Sekolah vernakular Inggeris
 2.  Sistem pendidikan tersebut mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti sukatan pelajaran,bahasa penghantar,kemudahan yang disediakan, dan peluang pekerjaan.

3.  Perbezaan sistem pelajaran seperti ini tidak mendorong semangat kekitaan serta persefahaman dan akhirnya menghalang perpaduan rakyat di Tanah Melayu.

4.  Kerajaan British menyedari hakikat ini lebih-lebih lagi apabila berlaku penyusupan fahaman komunis di sekolah Cina.

5.  Untuk merapatkan jurang perbezaan  pendidikan,beberapa laporan pelajaran telh diadakan.Antara laporan-laporan pelajaran yang diadakan ialah:
  
(a) Lapoaran Barnes 1951.
(b) Laporan Fenn-Wu 1951.
(c) Ordinan Pelajaran 1952.
(d) Laporan Razak 1956.

6.  Laporan-laporan ini memberi cadangan untuk mewujudkan satu sisitem pendidikan kebangsaan yang akhirnya membawa kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1961.



Rajah 1 : Sekolah Agama Islam pada Tahun 1950-an


-  Terdiri daripada sekolah pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama.
-  Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Arab sebagai bahasa penghantar.
-  Dibiayai sendiri.
-  Bebas daripada kawalan British.
-  Mempunyai pengajian peringkat sekolah rendah dan menengah.
-  Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Mesir, dan India


Rajah 2 : Sekolah Inggeris pada tahun 1950-an

-  Ditubuhkan sejak abad ke-19.
-  Bahasa penghantar ialah bahasa Inggeris.
-  Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja  rendah di sektor kerajaan dan swasta.
-  Didirikan di bandar-bandar sahaja.
-  Murid berpeluang melanjutkan pelajaraan ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negara.
-  Berpeluang menjawat jawatan yang tinggi.
-  Dipandang tinggi oleh masyarakat.

-  
Rajah 3 : Sekolah Tamil pada Tahun 1950-an

-  Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai satu tanggungjawab sosial.
-  Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan negara India.
-  Guru yang mengajar juga dibawa masuk dari India.
-  Pengajian hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.
-  Kurang mendapat sambutan kerana ibu-bapa lebih suka anak mereka membantu bekerja di ladang.
-  Tidak mempunyai peluang untuk mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.
Rajah 4 : Sekolah Cina pada Tahun 1950-an.

-  Ditubuhkan sejak akhir abad ke-19.

-  Ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti-parti politik.

-  Sukatan pelajaran, tenaga pengajar dan buku teks dibawa dari negara China.

-  Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.

-  Mendapat sokongan penuh masyarakat Cina.

Rajah 5 : Sekolah Vernakular Melayu pada Tahun 1950-an

-  Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

-  Dibiayai oleh British.

-  Pengajian hanya di peringkat sekolah rendah.

-  Dibina di kawasan luar bandar.

-  Persekitaran belajar yang daif.

-  Tidak berpeluang untuk menjawat jawatan tinggi.

-  Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).


Jenis-jenis matapelajaran zaman sebelum merdeka:

  1. ILMU HISAB.
  2. ILMU FALAK.
  3. ILMU ALAM.
  4. BACAAN. 
  5. EJAAN.
  6. MENGARANG.
  7. MENULIS.
  8. LATIHAN JASMANI.

Tokoh-tokoh pendidikan.

1. Aminuddin Baki.



Aminuddin Baki (26 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.


Aminuddin Baki meninggal dunia pada 24 Disember 1965 ketika berusia 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang.Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
2. Zainal Abidin bin Ahmad






Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro PenterjemahanMaktab Perguruan Sultan Idris.


Dilahirkan di Kampung Bukit KerdasBatu KikirNegeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.


GALERI SEJARAH:


SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlakyang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut.Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan,Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit keranapelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehidaripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agamayang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yangamat tinggi.SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956) TEMPOH PERTAMA (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan dinegeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkansekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di PulauPinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakularialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat PelajaranNegeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide ToCareers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisissenarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah kedalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu,hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay
Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Perkembangan Sekolah Vernakular CinaSekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London dinegeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chautelah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negaraChina. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British.Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapasawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambiluntuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolahcawangan Singapore Free School mulai tahun 1834.
Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristianbanyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamilpada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolahVernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.Perkembangan Sekolah Inggeris.Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaummubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyaibeberapa matlamat seperti berikut:1. untuk semua bangsa;2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhanVictoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Padaawal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula,sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anakMelayu peringkat atasan.TEMPOH KEDUA (1946-1957)Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telahdigubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supayamenyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969) Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat didalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di KualaLumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun inijuga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969 Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting
dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu„Kesopanan dan Kesusilaan‟. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yangdiajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulanSeptember 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih- lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”(Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitukurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah sertamengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum BaruSekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusanperdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains danBahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan disekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untukmasa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terusmeningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendahdan menengah di seluruh Malaysia.Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut.


Tumpuan
pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek,sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.Pendidikan Zaman Dahulu Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di TanahMelayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambilberat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India.Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitik beratkan aspek kecenderungan terhadapagama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-halberkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun,masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British.Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan Britishini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan danLaporan Razak 1956.Pendidikan Zaman Sekarang Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistempendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam RancanganMalaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikansentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaansentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimumterhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR),Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikanguru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesansebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telahditetapkan.Pendidikan Zaman Akan Datang Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalamaspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat padadekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan
teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmupengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umatsejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikanpendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspektatasusila dan etika pelajar. Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaranberkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan jugapengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untukmendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakanmereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan.Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajardi tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadipakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amatdiperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang.PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN .Pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan dalam sistempendidikan.Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan selepas kemerdekaan dari aspek pembangunan insan dan negara . Oleh itu, terdapat perbandinganyang jelas hasil dari perkembangan sistem pendidikan di negara ini.1 Kesan dari aspek falsafah pendidikan Falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu Philosophia yang bermaksud“cinta kepada ilmu pengetahuan atau hikmah”. Falsafah pendidikan negara mempunyai perbezaan yang jelas sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan falsafah pendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini disebabkan masyarakat lebih mementingkankecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup dengan bekerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan masyarakat tradisional lebih cenderung kepadaaspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Hal dibuktikan berdasarkan penubuhan sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membacaal-Quran dan tajwid, Tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang Had Salleh, 1980). Pada zaman penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjagakepentingan British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan
oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum.Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasai bandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi.
Pihak penjajahmemperkenalkan pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya penentangan dalammasyarakat pribumi. Pada era selepas kemerdekaan, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yangmenekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dandasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk dijana demi memastikangenerasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untukberperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar.Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan percambahan dan pemupukan nilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen tersebut penting agar segala cita-cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapaiwawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Jelaslah disinimenunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara falsafah pendidikan negarasebelum dan selepas kemerdekaan.2 Kesan dari aspek dasar pendidikan Dasar membawa maksud bahagian yang terpenting, asas atau pokok sesuatu perkara(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Dasar pendidikan di negara kita mempunyai perbandinganyang ketara antara sebelum dan selepas merdeka. Pada era penjajahan, pihak kolonial Inggeristelah memperkenalkan dasar pendidikannya tersendiri. Antaranya ialah dasar penyekatan yang bersifat menghalang kemajuan orang Melayu. Pihak Inggeris lebih cenderung untukmemastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani, nelayan dan memuliakan kerja buruh(Awang Had Salleh, 1974). Menurut Sufean Hussin (1996) dasar sekatan ini bertujuan untukmengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta primitif atau kekampungan orang-
orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di sekolah vernakular Melayu adalahsekadar membasmi buta huruf pada tahap minimum. Kesan langsung dari dasar inimewujudkan satu fenomena status dalam pendidikan yang menyebabkan golongan yangmampu akan mendapatkan pendidikan dan masyarakat bawahan terus disisihkan kerana dasaryang diperkenalkan tidak menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pendidikan. Kesedaran yang tinggi terhadap sistem pendidikan kolonial yang ditinggalkan penjajah mendorong kerajaan merangka dasar pendidikan yang lebih baik untuk menyelesaikan ketidakseimbangan dalam pendidikan antara kaum di Malaysia. Langkah utama yang dilakukanoleh kerajaan Perikatan selepas merdeka ialah membetulkan dan menyusun semula sistempendidikan yang diwarisi dari penjajah. Dasar yang dirangka diperkukuhkan oleh perlembagaan dan undang-undang untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan berkesan dan berjaya. Antara dasar yang dirangka ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskan kepada satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Selain itu, dasar kesejagatan dan penyeragaman yang berfungsi untuk menggunakan satu sukatan pelajaran dan peperiksaanyang sama untuk kepelbagaian etnik, bahasa, budaya, agama dan latar belakang geografi.Salah satu tindakan yang diambil untuk memperkasakan dasar ini adalah melalui pelaksanaanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agar memudahkan perhubungan antaramasyarakat. Justeru, bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang sedia ada dasar demokrasi diperkenalkan. Dasar ini bertujuan untuk mengembangkan potensi individu itu sendiri dengan memberi keutamaan kepada pelajar yang mempunyai kemajuan tanpa mengira latar belakang,agama, bangsa dan bahasa. Jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam usaha pembangunan insan dan negara dari aspek dasar pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan.


3 Kesan dari aspek pembentukan perpaduan Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud dalam sistem pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam pembentukan perpaduan etnik yang pelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di negara ini mampu merencatkan perpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Menurut Sanusi Osman (1985) masalah sebenar yang kita hadapi bukan berpunca daripada berbagai kumpulan etnik yang ada
di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat dinegara ini terlalu dibesar-besarkan. Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan sukar dicapaikerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaysia pada ketika itu.Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu diajarkanteknik penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan menulis. Kaum Cina mengambil sistem kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India, kurikulummereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan oleh Britishmenyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan olehBritish juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara masyarakat dan akhirnya membawakepada tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa pelandasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Kesedaran terhadap tragedi rusuhan kaum yang mampu membantutkan perpaduan,maka DEB telah diperkenalkan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat. Selain itu,kerajaan telah menggubal Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum danpeperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Di samping itu, dasar pendemokrasian pendidikan dilaksanakan pada tahun 1962 dengan memberi pendidikan percuma untuk semuapelajar. Dasar ini diperluas dengan perubahan dasar untuk melanjutkan pendidikan universaldari 9 tahun kepada 11 tahun pada tahun1992. Kesamarataan dan peluang pendidikan kepada semua masyarakat yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yangutuh. Hal ini berdasarkan pendapat Azyumardi Azra (2006) yang menyatakan bahawapendidikan yang tidak seimbang dan tidak memberi peluang kepada semua masyarakat untukmenonjolkan kebolehan harus dilenyapkan kerana pendidikan seperti ini gagal dalam menjalankan fungsinya untuk menyatupadukan rakyat. Jelaslah bahawa usaha dan tujuan pendidikan kita dalam membentuk perpaduan kaum mempunyai perbezaan mengikut zamandari dahulu hingga kini.4 Kesan dari aspek pembangunan modal insan Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam pendidikan.Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan, maklumat,idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawab.


Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan selepaskemerdekaan memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada peringkat awal,sistem pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga.Sistem ini berdasarkan konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yang dimiliki kepada anak-anak. Oleh itu, modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiranyang diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat tradisional ini juga menerapkan pendidikan agama dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan madrasah. Kesedaran iniselaras dengan firman Allah yang bermaksud:“Sebenarnya mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah darikalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28) Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkanmodal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan.Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat perbezaan jurang dalam pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal insan. Perbandingan yang jelas dapat dilihat pada zaman pascamerdeka. Usaha dalam membangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih bercorak untuk membangunkan modalinsan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Hari Pekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu agar pendidikan negara mampu melahirkan modal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampubersaing di peringkat antarabangsa. Antara usaha-usaha yang berjaya melahirkan modal insanadalah penubuhan universiti.Tujuan penubuhan universiti ini adalah untuk memberi sumbangan kepada negara mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan, khususnya bagi pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajar mempunyai kemahiran dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untuk melahirkan insan yang cemelang akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan untuk melahirkan modal insan terserlah melalui pelancaran PIPP yang mengariskan pembangunan modal insansebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala tuju dan falsafah pendidikan negara.
5 Kesan dari aspek membasmi kemiskinan Pendidikan merupakan langkah yang proaktif bagi meningkatkan taraf hidup danmembolehkan individu keluar dari kepompong kemiskinan. Hal ini dibuktikan melalui Duke(1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang mengatakan bahawa cara yang terbaik bagi  menyerang dan membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan dan latihan. Walaubagaimanapun, pembangunan insan di negara kita memperlihatkan perbandingan yang jelasdari aspek membasmi kemiskinan antara sebelum dan selepas kemerdekaan. Pada era masyarakat tradisional falsafah pendidikan yang diterapkan tidak mampuuntuk membasmi kemiskinan kerana sistem pendidikan pada masa itu yang bersifat warisaniaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kehadiran pengajian agama Islam telah membuka minda masyarakat Tanah Melayu pada masa itu tentang peripentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan pembangunan insan maju selangkah kehadapan. Namun kekangan yang dihadapi ialah sebelum abad ke-20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal dan sistematik di negeri-negeri Tanah Melayu. Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah semakin memburukkan keadaan kerana falsafah pendidikannya lebih bersifat bebas. Masyarakat Melayu khususnya masih dihimpit kemiskinan kerana sistem pendidikan penjajah yang tidak memberi peluang kepada masyarakat Melayu untuk menonjolkan bakat. Menurut Sufean Hussin (1996) kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi membasmi kemiskinan pada era penjajahan disebabkan kurang kesedaran masyarakat Melayu ketika itu perihal kepentingan celik huruf dan pendidikan disebabkan oleh dasar pendidikan penjajah.Selain itu, tiada sistem pengangkutan yang baik dan kesempitan pemikiran orang Melayu ketikaitu menyatakan bahawa hala tuju sekolah-sekolah kerajaan adalah untuk menyebarkan ideologisekular yang bertentangan dengan ajaran Islam telah menghambat perkembangan pendidikan. Setelah mencapai kemerdekaan, ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi masyarakattelah memaksa kerajaan memperkenalkan DEB sekaligus untuk meningkatkan pendapatanBumiputera dan membasmi kemiskinan tegar. Kebanyakan dasar kerajaan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu golongan miskin. Antaranya ialah memberi pinjaman bukuteks kepada pelajar berpendapatan rendah, RMT, Akta PTPTN, pemberian one-off RM 120kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin, pengagihan KWAPM dan Skim Baucer Tuisyen. Langkah ini membuktikan bahawa hala tuju pendidikan pada era selepas merdekamenitikberatkan pembasmiaan kemiskinan bagi merealisasikan matlamat kerajaan untuk mencapai kemiskinan sifar menjelang tahun 2020.
6 Kesan dari aspek pembangunan negara Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awalgenerasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan jatuh bangunnyasesuatu tamadun. Justeru, pendidikan mempunyai peranan penting dalam menentukanpembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa manusiadan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu(Surah Ar-Rahman, 33). Persoalannya sejauh manakah dasar dan corak pendidikan yang diamalkan di Malaysiasama ada sebelum dan selepas kemerdekaan mampu memainkan peranannya dalammembangunkan negara? Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak pendidikan pada peringkatawalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke arahpembangunan negara. Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak dinafikan bahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih dikuasai olehpenjajah pada masa itu. Hal ini berdasarkan kepada sistem pendidikan kolonial telah mengurangkan kadar buta huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah membantu membangunkan negara kerana petani yang menerima pendidikan 4 tahun persekolahan rendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada petani buta huruf. (Jamison dan Lan, 1982). Dasar dan corak pendidikan pascamerdeka mempunyai ciri-ciri unggul yang mampuuntuk memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada era ini mempunyai kapasiti untuk membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu menyediakan pendidikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa,agama dan latar belakang. Selain itu, hasil pembelajaran akan membentuk pengetahuan,kemahiran, inovasi dan nilai yang menjadi anjakan kepada pembangunan sumber tenaga yangmelonjakkan pembangunan negara. Peningkatan pengetahuan ilmu seperti menguasai maklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampudijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa,1994). Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah diterapkan dalam sistem pendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah nasib seseorang individu.Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan sosial masyarakat. Peningkatan iniakan memberi impak positif terhadap ekonomi negara khususnya dalam peningkatan guna tenaga yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Lantaran itu,

sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang terancang memainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi, politikdan sosial.Penutup Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan negara telah mengalami perubahandemi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikansebagai agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh itu, pendidikan yang berorientasikanfalasafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan. Justeru,di dalam menguruskan pembangunan insan untuk membentuk masyarakat madani bagikelangsungan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya bangkitdari mimpi indah dan sedar bahawa sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegangleher dan berkering tekak memperdebatkan sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untukmenjadi realiti. Ingatlah, jatuh bangunnya generasi akan datang adalah impak terbesar darigenerasi yang beraksi di masa ini. Akhirnya, marilah kita bersama-sama merenung firman Allah yang bermaksud; “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang berilmu itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapatidak pergi bagi tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabilamereka telah kembali kepada mereka, supaya mereka itu mendapat memelihara diri mereka.”( Surah at-Tawbah, 122 ). Sesungguhnya pendidikan berkesan tunjang ke arah pembentukan negara maju.













  • Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas kemerdekaan, iaitu:


      1. Laporan Barnes (1950)
        1. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
        2. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
        3. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

          1. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
          2. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
          3. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
          4. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
        4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:
          1. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
          2. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.












  • Laporan Fenn-Wu (1951)


      1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
      2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
      3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).
      4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:
        1. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
        2. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
        3. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

      5. Ordinan Pelajaran (1952)
        1. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
        2. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
        3. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
        4. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.

        Sekolah-sekolah selepas Merdeka di Malaysia.




    Contoh 1 : Sekolah Menengah Kebangsaan.

    Contoh 2 : Sekolah Berasrama Penuh.


    Universiti dan kolej-kolej di Malaysia.

    Contoh 1 : Kolej Vokasional di Melaka.

    Contoh 2 : Universiti Kerajaan

    Contoh 3 : Universiti Primer.

    Contoh 4 : Universiti Swasta.

    Pendidikan menggunakan teknologi.

    Dengan adanya kemudahan terkini.Kita boleh mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang lebih
    mendalam tentang pelajaran yang ada disekolah,pengetahuan am,isu-isu semasa dan lain dengan hanya menonton televisyen,internet,komputer,telefon pintar dan sebagainya.




    Contoh 1 : Menonton televisyen.



    Contoh 2 : Melayari internet dan melawat blog-blog ilmu dan pendidikan.



    Contoh 3 : Menggunakan tablet dan telefon pintar bagi menyimpan maklumat dan data ringkas.


    Jenis-jenis matapelajaran terkini:


    1).BAHASA MELAYU.

    2).BAHASA INGGERIS.

    3).MATEMATIK.

    4).SAINS.


    5).SEJARAH.

    6).GEOGRAFI.

    7).KEMAHIRAN HIDUP.

    8).PENDIDIKAN ISLAM.

    9).PENDIDIKAN SENI.

    10).SIVIK DAN KEWARGANARAAN.

    11).BAHASA TAMIL.

    12).BAHASA CINA.

    13).PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN.

       
       
      Kementerian Pendidikan Malaysia.
    Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:

    1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
    2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera.
    3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
    4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


    Pendidikan wajib.
     
    Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
    Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.


    JENIS-JENIS PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

    1).PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH.

    Sekolah tadika (pra-sekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. 

    Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia.

    Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan.

     Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah.

     Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga 

    berpendapatan rendah.
       2).PENDIDIKAN RENDAH.
       - Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan      kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.
     Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem  Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu  Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis  sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa  pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di  Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa  pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.
     Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi  murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
     Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat    menengah.

    3).PENDIDIKAN MENENGAH.

    -Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).Berdasarkan pencapaian PT3, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera.Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

    4).PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI.

    Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.
    Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).
    Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

    PENGAJIAN TINGGI.


    - Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.
    - Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada ketika itu. Kini, KPT telah bergabung bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membentuk Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
    - Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".
    - Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia.
    - Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.
    - Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar.

    JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA.


    1).SEKOLAH KEBANGSAAN.

    Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.                                                          

    2).SEKOLAH KLUSTER.




    Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

    3).SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN.




    Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

    4).SEKOLAH WAWASAN.


     Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

    5).SEKOLAH AGAMA ISLAM.




    Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia dengan menduduku peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

    6).SEKOLAH MUBALIGH.



    Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.Sekolah ini khas untuk pelajar beragama Kristian.

    7).SEKOLAH BESTARI.



    - Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

    8).SEKOLAH TEKNIK DAN VOKASIONAL.



    Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

    9).SEKOLAH BERASRAMA PENUH.



    - Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3.

    UJIAN AWAM KEBANGSAAN.

    - Ujian Penilain Sekolah Rendah (UPSR) diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah.
    - Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diadakan semasa tingkatan 3 sekolah menengah.
    - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan semasa tingkatan 5 sekolah menengah.
    - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah.
    - Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah agama.

    PENGAJARAN.
    - Sebagai seorang manusia kita mesti dan perlu menuntut ilmu walaupun ianya sangat susah akan tetapi jika kita tidak menuntut ilmu demi kejayaan kita yang akan datang maka hidup kita akan gelap dan ibarat layang-layang putus tali.Kerana ilmu itu adalah penyuluh kehidupan.Orang yang tinggi ilmu merasakan dirinya kurang ilmu manakala orang yang tidak berilmu berfikir bahawa dirinya sudah banyak ilmu.Kesimpulanya ilmu sangat penting untuk setiap individu.



    2 comments:

    1. assalamualaikum..
      sye Nurulhuda, bole x sye nk mintak penerangan tentang perkembangan pemikiran islam dan konsep kebebasan melayu islam dari zaman penjajahan sehingga sekarang.

      terima ksih..

      ReplyDelete